Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pensyarah Penulisan Kreatif iaitu Prof. Madya Doktor Mawar Safei diatas bimbingan beliau untuk saya menghasilkan cerpen ini.
Ini merupakan video bagaimana saya melahirkan sebuah ilham berdasarkan kisah hidup dan pengalaman saya sendiri. Cerpen yang diberi judul "Separuh Jiwaku Sirna" memberikan seribu satu rasa yang tidak mampu saya ungkapkan. Saya berharap cerpen ini dapat memberikan sebuah pengajaran buat diri kita semua agar menghargai dan menghormati kedua ibu bapa selagi mereka masih bernyawa. Sekian, terima kasih.