Alhamdulilah. Selesai sudah kelas hari ini. Walaupun tidak dapat bersemuka dengan pensyarah dan rakan-rakan tapi masih seronok rasanya. Auranya lain. Melihat telatah masing-masing mencuit hati. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah dalam menjalani kehidupan norma baharu ini. #kitajagakita
Monday, October 19, 2020
-
TENANG
Tenang. Ya. Tenang. Belajar untuk menjadi seorang yang tenang. Kerana apa? Kerana emosi tidak langsung memberikan kau apa-apa malah kau akan kehilangan banyak perkara hanya kerana mengikuti yang dinamakan E.M.O.S.I.
Sunday, October 18, 2020
RINDU
Tiap kali rindu datang menerpa. Di sinilah aku melepaskan segala apa yang ada dihati dan fikiran. Sedih. Rindu. Bercampur-baur perasaan yang hadir. Dari kejauhan aku mendoakan yang terbaik buat mu, Ibu. Terkadang bila aku merasakan aku ingin jatuh, bisikan suaramu seakan-akan dekat denganku. "Kuatlah anak.". Ya kuatlah walau apa jua dugaan yang mendatang. Aku harus kuat.
Saturday, October 17, 2020
IBU
Seperti biasa tanggungjawab sebagai seorang anak akan ku galas hari demi hari. Ternyata bukanlah mudah untuk mengambil tugas seorang ibu. Ketiadaan ibu membuatkan aku berfikir sejenak. Besar sungguh pengorbanan si ibu buat keluarganya. Moga segala penat lelah yang dilakukan semasa hayatmu menjadi penyebab untukmu ke Syurga-Nya. Al-fatihah buatmu, Ibu.
Friday, October 16, 2020
GIGI
Rasanya sudah lama tidak bersua muka dengan Doktor Sharlindah. Terbayang senyum manisnya. Siapa yang melihatnya pasti akan terpaku. Hari ini aku mempunyai janji temu bersama dia. Moga-moga dia masih mengingati aku. Maklumlah sudah lama benar aku tidak pergi ke sana. Sudah aku bayangkan bagaimana riak wajahnya yang sentiasa ceria dan tidak lekang dengan senyuman.
Subscribe to:
Posts (Atom)