Tuesday, December 29, 2020

HIKMAH

 


Tidak semua cerita atau kisah kita berjalan dengan indah, tapi percayalah setiap perkara itu terkandung hikmah. 

Dan kadang-kadang kita harus sedar bahawa kebaikan yang hadir itu tidak semestinya datang dalam bentuk menyenangkan. Mungkin ianya datang dalam bentuk kesusahan dahulu kemudian terhasilnya sebuah cerita yang indah.

Bukankah tekanan dan haba membentuk sebutir permata?

HATI

 


Hati bergelodak,

Tapi masih cuba untuk tenang,

Percaya semua akan baik-baik saja,

Kerana apa?

Allah bersama kita. 


Friday, December 25, 2020

TIPS MENJADI KREATIF DALAM PENULISAN


Kreativiti sememangnya penting bagi seseorang penulis. Oleh hal yang sedemikian, terdapat lima (5) cara untuk menjadi seorang penulis yang kreatif.

Tips:
1. Kumpulkan segala maklumat penting yang harus ada di dalam sesebuah penulisan. Sebagai contoh, watak dan perwatakan, sinopsis cerita dan garis masa.

2. Kaji bagaimana plot penceritaan itu dapat dikembangkan. Sebagai contoh, membayangkan watak antagonis sebagai watak protagonis. Dengan itu, mungkin plot penceritaan menjadi lebih menarik untuk disampaikan di dalam penulisan.

3. Elakkan daripada memikirkan apa yang telah ditulis. Cuba untuk memikirkan idea-idea baharu yang tiada kaitan dengan penulisan awal tersebut.

4. Dengan itu, idea atau ilham akan datang secara natural yang selalunya lebih baik daripada idea awal yang dituliskan.

5. Mulakan penulisan berdasarkan idea-idea yang dirasakan menarik. Hasilnya penulisan anda akan menjadi lebih bertenaga dan menarik.

 

Wednesday, December 23, 2020

PERJALANAN

 


Perjalanan ini masih panjang untuk aku tempuh. Hari demi hari bisikan kata-kata semangat sentiasa aku bisikkan ke dalam diri. Terlalu banyak perkara yang harus difikirkan. Terkadang terasa penat dan lelah. Tetapi aku segera menyingkir perasaan itu setiap kali bait kata ini segera muncul dibenak fikiranku; 

"Segala usaha itu pasti membuahkan hasil, percayalah Allah bersama kita."

Itulah sebuah kata yang ringkas namun mampu memberikan aku seribu satu semangat untuk menjalani kehidupan harian. Doa, usaha dan tawakal harus seiring. Moga ada sinar bahagia menanti.