Monday, January 25, 2021

ILHAM DALAM PENGHASILAN CERPEN

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pensyarah Penulisan Kreatif iaitu Prof. Madya Doktor Mawar Safei diatas bimbingan beliau untuk saya menghasilkan cerpen ini.


Ini merupakan video bagaimana saya melahirkan sebuah ilham berdasarkan kisah hidup dan pengalaman saya sendiri. Cerpen yang diberi judul "Separuh Jiwaku Sirna" memberikan seribu satu rasa yang tidak mampu saya ungkapkan. Saya berharap cerpen ini dapat memberikan sebuah pengajaran buat diri kita semua agar menghargai dan menghormati kedua ibu bapa selagi mereka masih bernyawa. Sekian, terima kasih. 

Wednesday, January 20, 2021

JIWA

 


Tiada apa yang mampu menenangkan jiwa yang kabut melainkan hanya mengingati Allah.
Kadang aku merasa lelah dan perit untuk menempuh hidup ini.
Tapi aku harus kuat.
Aku tidak boleh lemah.
Aku genggam kuat semangat ini. 
Moga Allah permudahkan setiap langkahku untuk menuju ke gerbang keindahan.

Monday, January 18, 2021

MENGALAH

 


Tidak setiap masa yang mengalah itu bererti merelakan kekalahan.
Kadangkala, ketenangan dan ketenteraman jiwa itu lebih utama daripada betul atau salah.
-temeabdullah